Tajaan Program Iftar Ramadan 2026

Tajaan Program Iftar Ramadan 2026

Bersama Anak Yatim & Miskin PEYATIM

Ramadan adalah bulan kasih sayang dan perkongsian rezeki. Namun, tatkala ramai anak-anak lain menikmati saat berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta dengan hidangan yang pelbagai, masih ada anak-anak yatim dan miskin yang menyambut waktu berbuka dalam serba kekurangan dan tanpa keluarga tersayang.

Bagi anak-anak yatim dan miskin di bawah Ahli Gabungan PEYATIM, berbuka puasa bukan sekadar mengisi perut, tetapi kerinduan kepada suasana kebersamaan, kasih sayang dan memori indah yang pernah mereka rasai. Kenangan berbuka puasa bersama insan tersayang adalah antara memori terindah dalam hidup seorang anak namun tidak semua berpeluang menikmatinya hari ini.

Justeru, sempena Ramadan 1447H / 2026, PEYATIM dengan kerjasama Sahabat PEYATIM Malaysia serta Sahabat PEYATIM Kedah/Perlis dan YAWATIM akan menganjurkan Program Iftar Ramadan Bersama Anak Yatim dan Miskin PEYATIM, bagi mencipta kenangan indah dan bermakna buat mereka.


Maklumat Program

    Tarikh Cadangan21 Ramadan 1447H / 11 Mac 2026 (Rabu)

     Lokasi: Asrama Anak Yatim di bawah Ahli Gabungan PEYATIM

 Masa : 5.00 Petang – 10.00 Malam

   Jumlah Peserta± 160 orang anak yatim dan miskin

Melibatkan 9 buah asrama anak yatim / ahli gabungan berdaftar di bawah PEYATIM yang akan dipilih

 

Aktiviti Program

   Iftar Ramadan bersama anak yatim Ahli Gabungan PEYATIM

Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta Moreh bersama anak yatim

Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim

Sumbangan Kit Raya

  Sumbangan kebajikan kepada setiap Ahli Gabungan PEYATIM yang terlibat

 

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

 

Sasaran Sumbangan:

RM50,000

 

 PAKEJ TAJAAN

1) RM100 – Tajaan 1 orang anak yatim

2) RM300 – Tajaan 3 orang anak yatim

3) RM500 – Tajaan 5 orang anak yatim

4) RM1,000 – Tajaan 10 orang anak yatim

5) RM5,000 – Tajaan Korporat

6)Sumbangan lain-lain nilai & Tajaan Kit Raya amat dialu-alukan

  *Semua penyumbang akan menerima resit rasmi pengecualian cukai bagi setiap sumbangan yang dibuat untuk tujuan tuntutan pelepasan cukai pendapatan. No. Rujukan: LHDN.AG.600-12/1/4-6.3872.*

Setiap sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya bagi menjayakan program ini dan memastikan anak-anak ini dapat menikmati Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih bermakna.

  • Sumbangan boleh disalurkan dengan mudah dan selamat melalui platform ini
  • Resit sumbangan pengecualian cukai akan disediakan kepada semua penyumbang.

Dengan sumbangan anda, anak-anak ini dapat menikmati juadah berbuka yang lengkap, menerima hadiah dan sumbangan yang bermakna, serta mencipta memori yang akan mereka kenang sepanjang hayat.

 

"Hulurkan Ihsan. Ukirkan Senyuman"

Cipta Kenangan Ramadan 2026 Buat Mereka 

Sebarang pertanyaan sila hubungi,

WhatsApp: 011-5696 4145

Emel ke info.peyatim@gmail.com

SUMBANGAN BOLEH DIBUAT

SECARA ONLINE DI SINI :



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
1) Pakej RM 100
2) Pakej RM 300
3) Pakej RM 500
4) Pakej RM 1,000
5) Pakej RM 5,000
6) Lain-lain Nilai
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN