بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

" Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang " 

        


Membina Masa Depan Anak-Anak Yatim  Yang Cemerlang


SAHABAT PEYATIM


Ahli   Bersekutu  Pertubuhan   Kebajikan   Anak  Yatim  Malaysia [PEYATIM]  yang  merupakan  para sukarelawan  yang  ingin   menyumbangkan khidmat   bakti  atau   wang  ringgit  atau   harta   benda  bagi   membantu  PEYATIM  mencapai   matlamat   untuk  membantu anak-anak  yatim  &  anak-anak   miskin  di Malaysia  dan   di negara-negara  ASEAN.


  PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM  MALAYSIA [ PEYATIM ]

PEYATIM adalah sebuah pertubuhan NGO yang ditubuhkan pada 19 November 1990 untuk menggabungkan persatuan-persatuan rumah dan asrama anak-anak yatim diseluruh negara. Matlamat PEYATIM adalah untuk memastikan keselamatan, kehidupan, pendidikan, kebajikan dan masa depan anak-anak yatim dan juga anak-anak miskin diberikan perhatian. Hingga setakat ini, 68 buah persatuan rumah dan asrama anak-anak yatim dan anak-anak miskin menjadi ahli-ahli gabungan PEYATIM. Terdapat sebanyak 78 buah rumah dan asrama anak-anak yatim dan anak-anak miskin dibawah jagaan ahli-ahli gabungan PEYATIM yang menempatkan lebih kurang 4,000 orang anak-anak yatim dan anak-anak miskin di seluruh negara.

   



YM Prof.  Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor

Presiden PEYATIM




 YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA  [ YAWATIM ]

YAWATIM ditubuhkan pada 2 November 2011 atas inisiatif  PEYATIM untuk membangunkan dana bagi membiayai   pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin yang  melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pendidikan   dibawah PEYATIM diperingkat  pengajian tinggi di University College Bestari  [ UCB ]  dan pendidikan kemahiran di Kolej   Teknologi Bestari [ KTB ] & Institut Kemahiran Bestari [ IKB ].


                           


UNIVERSITY COLLEGE BESTARI [ UCB ]

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI [ KTB ]

INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI [ IKB ]

UCB, KTB & IKB adalah merupakan institusi-institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh PEYATIM untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim dan anak-anak miskin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti di UCB ataupun mendapatkan latihan kemahiran daripada KTB & IKB. Matlamat PEYATIM adalah untuk membina masa depan anak-anak yatim dan anak-anak miskin yang cemerlang. 


WAKIL [ WAKALAH ] PEYATIM

Adalah Sahabat PEYATIM yang sanggup membantu Pertubuhan   Kebajikan Anak  Yatim  Malaysia [ PEYATIM ]  bagi   mempromosikan   dan mendapatkan sumbangan yang berbentuk Waqaf atau Infaq   untuk Tabung Kebajikan anak-anak yatim dan anak-anak Miskin  PEYATIM.

Wakil-wakil [ Wakalah ] PEYATIM akan menerima saguhati atas daya usaha mereka .



RAKAN STRATEGIK 

[ WAKIL / WAKALAH KORPORAT ]


Adalah organisasi,  pertubuhan,  syarikat,  koperasi & Khariah  Masjid / Surau yang sanggup membantu PEYATIM dalam   pembangunan Dana untuk Tabung Kebajikan Anak-anak Yatim dan   Anak-Anak Miskin PEYATIM. Wakil-wakil korporat PEYATIM akan   menerima saguhati atas daya usaha mereka.



SAHABAT PRIHATIN PEYATIM

Adalah organisasi atau syarikat - syarikat korporat yang sudi memberikan sumbangan dalam bentuk Waqaf atau Infaq wang tunai ataupun harta benda kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia [ PEYATIM ] untuk Tabung Kebajikan Anak-anak Yatim dan Anak-anak miskin PEYATIM.


SERTAILAH KAMI SEBAGAI AHLI 

SAHABAT PEYATIM


Syarat-syarat menjadi Sahabat PEYATIM

[ Ahli Bersekutu PEYATIM ]



1. Berumur 16 tahun keatas.

2. Membayar Yuran Keahlian sebanyak RM 10.00 seumur hidup.

3. Membantu mempromosikan PEYATIM.

4. Membantu PEYATIM bagi mendapatkan dana untuk Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin.

5. Mempromosikan keahlian Sahabat PEYATIM.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi :


 

Tengku Ahmad Mujahid Bin Tengku Mahmud

Setiausaha Sahabat PEYATIM Malaysia

No. Tel : 018-9861859


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sahabat PEYATIM
Infaq / Sumbangan Tunai Kepada PEYATIM
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN