Kejohanan Sukan Anak Yatim Selangor

PENGENALAN 

Majlis Kejohanan Sukan Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Selangor merupakan sebuah inisiatif tahunan yang menghimpunkan anak-anak yatim dan asnaf dari pelbagai rumah kebajikan di seluruh negeri Selangor. Semua Asrama Gabungan PEYATIM Selangor adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan kejohanan sukan tersebut. Program ini adalah satu acara sukan yang sihat, ceria dan penuh semangat kesukanan yang bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan diri anak-anak ini, malah berfungsi sebagai platform memperkukuh ukhuwah, membina jati diri serta memberikan mereka ruang berhibur dan bergembira dalam suasana yang selamat dan terkawal.

SASARAN KUTIPAN 

RM 50,000.00

Sehubungan itu, kami melancarkan Kempen Kutipan Sumbangan bagi membiayai pelaksanaan kejohanan ini, merangkumi keperluan logistik, makanan, hadiah, kelengkapan sukan, serta pengangkutan peserta. Sokongan dan keprihatinan orang ramai, syarikat korporat, dan para dermawan amatlah kami hargai dalam menjayakan program ini demi keceriaan dan kebajikan anak-anak yatim Negeri Selangor. 

                              Sabda Rasulullah SAW:

"Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini,"
Baginda mengisyaratkan dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah.
(Riwayat al-Bukhari)

 Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”.


(Hadis Riwayat Muslim)


Di setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita ada bahagian rezeki orang lain. Sesungguhnya Allah SWT meluaskan dan menyempitkan sebahagian rezeki hamba-Nya.

Daripada Jawatankuasa Penyelaras PEYATIM Selangor

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 019-353 7003 (Datin Ani Mawar) atau 011-23025462 (Puan Sabihah ).

SUMBANGAN BOLEH DIBUAT

SECARA ONLINE DI SINI :



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
1) Pakej Kasih Sayang
2) Pakej Prihatin Ummah
3) Pakej Cahaya Harapan
4) Pakej Senyuman Yatim
5) Pakej Pahala Berganda
6) Lain-lain Nilai
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN